Andai nyawa telah tiada...

Andai nyawa telah tiada....Catatan ini menjadi ganti....

Wednesday 27 April 2011

bila ayah marah...



 Rentetan hidup pada beberapa minggu lepas memberi sedikit kesan dihatiku bila husband mendenda Syahmi (7 tahun) & Syahmina (6 tahun)...

Ia bermula apabila si abang dan kakak ini mencurah air dari dlm tin yg baru shaja dibeli si ayah semata2 utk bermain dgn tin kosong. Tidak menghargai dan tidak bersyukur kata si ayah..

Kata si ayah, air yg dicurah itu bukan dpt free tetapi dari titik peluh ayah dan umi yang terpaksa tinggalkan abang dan kakak di rumah bersama org lain utk dapatkan duit.

Dua beradik ini pada awalnya tidak faham lantas si ayah mendenda mereka supaya tidak masuk ke dalam rumah sehinggalah boleh berfikir apa salah mereka.

Kata si ayah lagi, "abang dan kakak harus fikir macam mana kalau umi dan ayah tak ada, duduk kat luar tu sampai malam" Si kakak menangis teresak-esak sambil memeluk si abang.. ku hanya mendengar arahan si ayah..

Di saat itu ku teringat bagaimana ayahku yang kini berusia 65 tahun mendenda ku dan abangku yang ketika itu kami berusia 8 dan 7 tahun kerana lewat pulang ke rumah sbb terlalu asyik bermain.

Ketika itu ayah mengarahkan kami masuk ke reban ayam, duduk di dalam tu sampai malam..ku sangat takut..waktu tu ku juga memeluk si abang... ntah pukul berapa baru kami dibenarkan masuk..dgn bau ayam dan mungkin juga terpijak tahi ayam sbb gelap..

Denda yang dibuat oleh ayahku benar2 memberi kesan, kami mampu berfikir bahawa ayah sangat risaukan kami sbb dr tengahari sampai magrib tak balik-balik..rupa2nya ayah mencari kami kerana bimbang apa-apa terjadi, mak pulak tak dapat mengawal kami spanjang masa kerana sibuk menguruskan adikku yang cacat pendengaran..tangisnya tidak diketahui kenapa, jadi mak sentiasa dengan adik menyebabkan kami lebih byk luangkan masa bersama & bermain ntah ke mana...ayah juga sibuk mencari rezeki, ketika itu ayahku hanya seorang buruh di JKR.

Bila sampai depan pintu ayah pegang adikku yang masih kecil ketika itu dan kami menangis memohon maaf..berjanji tidak akan buat lagi dgn perasaan yang sukar digambarkan...dlm reban ayam itu ku baru terfikir kesusahan ibubapaku dan kedegilan kami..

Ku dan abangku meniti usia dengan penuh kematangan..kami matang sebelum usia kerana didikan ibu bapa, keadaan hidup dan kekurangan si adik...ku bersyukur kerana ayah meletakkan kami dalam reban itu kerana ku yakin jika tidak kami akan terus bermain...bermain dan bermain sedangkan ayah dan mak sedang berperang dalam membesarkan kami..

Ironiknya....kenangan itu kini hadir sekali lagi dalam hidupku..walaupun tempat syahmi dan syahmina di denda tidak 'seharum' reban ayam tatapi selepas sejam setengah di luar (dalam kawasan pgar tetapi diluar rumah) dalam keadaan gelap dan ada bunyi anjing, mereka akhirnya bersuara.."ayah..mintak maaf".... arrrrrr...itulah ayat yang ku ucap pada ayahku 28 tahun dulu!!!!

Ku harap syahmi dan syahmina akan ingat kenangan ini...yg kupasti mereka insafinya kerana mereka sempat berkata "nak ayah..nak umi..".. Jika umi tiada lagi anak umi harus ingat bahawa "tidak mudah mengharungi hidup ini jika tidak bersyukur dan tidak menghargai".....

Terima Kasih ayah..en Ngah..

Terima Kasih ayah..en syirfan..

cuba bajai kembali


Ntah dari mana dtg akalnya..tetiba nak tulis blog smula.
mungkin juga slps ku terlihat msge seorg sahabat lama di sek menengah dulu..Sharifah Sahmiza..beliau menjumpaiku menerusi fb dan smpat inbox kepadaku bg memberi beberapa gambaran supaya ku mengingatinya kembali, ternyata beliau berjaya..ku sempat membalas msgenya tetapi tdak begitu byk kmi berbual,mungkin krn kesuntukan masa dan kesibukan...beberapa bulan lepas ku diberitahu beliau telah meninggal dunia, tanpa smpat ku bertemu dgnnya utk melihat secara fizikal...
hari ini..tiba2 ku terbuka msgenya..ternyata ia menimbulkan sesuatu yang istimewa di hatiku..ctatan yg ditinggalkan beliau memberiku ingatan yg mdlm dan kuputuskan utk membuat catatn bg ingatan dan tatapan..
andaiku mati nanti walaupun tiada nama utk dikenang dalam sejarah negara.. sekurang-kurangnya blogku mjadi ingatan ahli keluarga dan sahabat mengenai perjalanan hidup Zalina Maizan