Andai nyawa telah tiada...

Andai nyawa telah tiada....Catatan ini menjadi ganti....

Monday 3 October 2011

BILA RASA ITU HADIR...

lama tak tengok blog....
lama juga tidak mencurah rasa...
kadang-kadang rasa itu lebih hebat bila dicurah melalui penulisan
hebat juga jika dicurah dengan kata-kata

rasa awal yang menyapa selepas aidilfitri lalu adalah ingatan pada arwah datuk dan nenekku...
terlalu kuat rasa itu...setiap kali terlena akan muncul kelibat arwah Tok Ki dan Tok Wan..
dah lama ia tak berlaku...
disebabkan rasa rindu dan kelibat arwah..fikiranku jadi rancak teringat kenangan lalu...

kedua arwah adalah ibubapa kepada ibuku...orang kampung yang mempunyai sembilan orang anak dan melakukan pelbagai kerja untuk menyara kesemua mereka...menurut mak, arwah berniaga dan menoreh getah...

ketika melalui rumah peninggalan arwah selepas sembanhyang hari raya, hatiku jadi sayu...
semasa arwah masih ada... rumah itu sangat meriah, kereta menjalar ditepi jalan...
anak-anak kebanyakkan berjaya dalam karier masing-masing...

tapi kini ia kelihatan usang, tiada aura...hilang segala....
terfikir juga bagaimana jika rumah kedua ibupaku nanti...doanya..moga ia terus ceria dan kami adik beradik masih ada rasa untuk memeriahkannya....

apabila balik ke rumah sendiri di kota metropolitan ini, rasa rindu pada arwah masih ada...
pada suatu hari.. kelibat arwah agak lama dalam mimpiku...ia membuatkan ku tersedar...rupanya sudah lama ku tinggalkan bacaan yassin untuk mereka...ya...agak lama...

tidak berniat untuk mendabik dada..hanya ingin berkongsi rasa itu bagi memberi peringatan bersama..
pada suatu subuh..ku  mengapai al quran dan selepas selesai membacanya baru ku tersedar syahmi(7 tahun) berada di sebelah..

syahmi bertanya kenapa ku mengaji tak ajak dia...
ku katakan padanya "umi baca yassin untuk wan gan kie umi"...
syahmi: "nape plak?"
Umi: "sebab umi mimpi..mungkin kie gan wan umi nak lampu kat dalam kubur tu, mungkin dan nak abis bateri, umi nak bagi terang sikit, kalu umi kat kubur nanti abaang bleh tolong bagi lampu tak?"
syahmi: "Bleh...tapi kalu abang bergabung gan adik gan kakak mesti lagi kuat power dia.."

ummmppp...memang tul...macam dalam power ranger..

memang betul rupanya tanggapan fikiranku bahawa ku semakin lupa pada mereka, kesibukkan menguruskan rumahtangga sendiri dan membina kehidupan kadang-kadang membuatkan kita tercicir kenangan lalu...

apa yang hebatnya dengan munculnya rasa itu ialah....ku berasa bangga kerana mempunyai keturunan yang membina bangsa...mempunyai azam yang tinggi dan mempunyai ganerasi yang luhur budi pekertinya..

tima kasih tok wan..tima kasih tok kie...
tiada lagi kenangan membaca tulisan jawi bersama tok ki dan tiada lagi kuih 'koleh kacang' sesedap tok wan masak....

sungguh hebat rasa itu....hingga mengalir air mata.....