Andai nyawa telah tiada...

Andai nyawa telah tiada....Catatan ini menjadi ganti....

Wednesday 12 December 2012

RINDU....

Rindu pada gelagat anak-anak...
Jika diingatkan tentang rindu...memang sebolehnya tak mahu berpisah dengan anak-anak..
Tapi bila difikirkan kesian pada mereka yang nak rasai duduk di kampung, terpaksalah pendamkan rasa itu..

Balik kampung jadi perkara yang indah dalam hidup anak-anak kami...ada rasa..ada jiwa..
Bersama umi dan ayah di bandar tak memberi mereka peluang meronda-ronda naik motor..tak boleh main pasir pantai, tak boleh tengok nelayan balik dari laut dan tak mungkin dapat makan macam-macam...

Jika balik ke Negeri Sembilan, wan dan atuk memang bagi green light tuk makan sebanyak yang mungkin..wan sanggup masak segala macam, atuk akan belanja macam-macam...cakap le apa saja...macam mana tak suka diaorang semua..tu belum bab pegi beli aiskrim kat kedai...

Tapi bila di Negeri Sembilan, Syahmi adalah orang yang paling beruntung...dia ada kawan karib..Hafiz yang berusia 9 tahun dan Denial yang seusia dengannya, 8 tahun...dua orang ni memang tunggu dia balik kampung..pagi petang ajak main...aritu sempat tanya dia orang kenapa suka kawan dengan Syahmi, kata mereka "syahmi baik dan tak sombong.."..mungkin ada benarnya...

Bila ku tanya Syahmi pulak kenapa suka berkawan gan Hafiz dan Denial..Syahmi kata "Sebab diaorang berdua tu kawan aje dengan abang..kalu kat KL..ada kawan pandai ada kawan tak pandai..kat kampung semua kawan..tak kisah pandai atau tak pandai.."..

Memang setuju dengan Syahmi...budak berdua tu dah kawan dengan syahmi sejak kecil..terutama Denial..sebaya.. waktu berusia 4 tahun dah lumba lari sesama...jadi ketika Syahmi bersunat baru-baru ni, pelawat utama dia adalah budak berdua tu...yang hebatnya keduanya bagi sokongan moral bahawa bersunat tu tak sakit...mereka tu dah bersunat tahun lepas...siap ajar lagi macam mana nak jaga untuk keselamatan..katanye...

Di Terengganu..oleh kerana kampungku, Kemasik dekat dengan pantai...seharusnya aktiviti wajib main pasir..dari kaki sampai kepala ada pasir..berguling-guling macam dalam cita hindustan tu...tapi dek kerana pasir tu bersih..lantak le..balik umah...mandi aje..

Ayahku ada tadah air kat dalam bekas tangki yang besar tu...diletak kat tanah aje...bila cucu balik bekas tadahan tu jadi macam kolam renang..semua terjun kat dalam tu...berjam-jam..sampai kecut kaki tangan baru naik...tak sampai empat jam..terjun lagi dalam tu...itu le aktiviti bila dah kat sana...

Yang paling beruntung bila kat Terengganu ialah Syahmina sebab dia sorang cucu perempuan...ayahku (Kie) memang manjakan dia...bangun le lewat atau wat ragam..semua tak de hal punya...yang berpeluang naik motor paling kerap tentunya dia...kalau berebut nak naik motor..keputusan akhirnya akan memihak kat dia..semua dia...walaupun ayahku nak ke surau..yang dibawaknya adalah Syahmina walau ketika itu pakai skirt pendek...

Semua kenangan di kampung takkan mampu dikutip di bandar batu ini...biarlah mereka rasai saat gembira sementara ada wan kie dan wan atuk...biarlah

Kadang-kadang nak tergelak bila tgok anak-anak bawak balik tali dari perahu sampan nelayan, ntah dari mana diambilnya...berlari le ayah pegi antar balik takut kena marah...

Adikku yang dipanggil Cik Jo oleh anak-anak juga ada peneman bila cuti sekolah..Syahmi selalu cakap dia nak balik Terengganu sebab nak temankan Cik Jo..adikku yang seorang ini oku..dia pekak dan bisu sejak lair..tidak mendapat pendidikan atas pelbagai masalah dan akhirnya terdampar di rumah sahaja..kawannya cuma kucing, ayam dan tv..jadi bila ada anak buah..sekurang-kurangnya ada le pemandangan lain yang menghiburkannya dalam suasana sunyi sepi...

Syahmi pada kebiasaannya akan tidur dengan Cik Jo..susah nak berpisah...naik kereta ataupun makan..dia sentiasa utamakan Cik Jo..kalau ku tak beri ruang anak-anak rapat dengan Cik Jo macam mana nak akrabkan diaorang...

Cuti sekolah padaku amat berharga...bukan setakat memberi hiburan tapi ku perlu isikan dengan kasih sayang dan penginsafan...

Moga setiap kerinduann ini mendapat keberkatan...moga anak-anak mendapat pengajaran dari pengalaman kasih sayang yang hebat ini....Umi dan ayah juga beruntung sebab punya ruang masa bila anak-anak di kampung...hehe...yang paling hebat ku punya mak, ayah, apak dan ibu....kesemuanya sudi menjaga, mendidik dan menyayangi anak-anak untuk tempoh ini...kesemuanya amat indah..sunggguh indah...Alhamdullillah.. 

Monday 22 October 2012

Terima Kasih...

Salam....

Walau tanpa suara...rasanya tetap menjadi kewajipan saya untuk berterima kasih atas setiap doa dan ucapan sahabat....

Rasa terlalu singkat hidup ini...sungguh..semuanya terasa masih baru..masih kerdil dan masih mentah...banyak lagi yang tak tahu, banyak lagi yang harus ditempuh..banyak lagi yang harus ku lalui....

Sepanjang 36 tahun...ada kenangan ketika kanak-kanak, ketika remaja, mula menginjak dewasa...dan kini melewati usia kematangan....ada insan yang masih di sisi...ada juga yang telah pergi...

Saya akan menjadi manusia yang kufur jika tidak menyatakan syukur dan bodohlah saya jika tidak menyatakan bahawa kehadiran setiap orang di sisi saya amat penting...setiap yang hadir sungguh membahagikan...saya berterima kasih atas kenikmatan ini.....

Semua yang ada memberi saya ketenangan, kegembiraan, keceriaan dan kadang-kadang meminta ruang hati saya bersabar dalam menerima cabaran.....

Terima kasih atas segalanya....terima kasih atas setiap kenangan...terima kasih atas setiap harapan....moga kita semua dijauhi dari kejahatan...hasad dengki dan sentiasa menerima kekurangan diri......insyaAllah...


Wednesday 3 October 2012

Saya peroleh info ini menerusi ruangan forum mengenai produk tempatan....mgkin ia berguna utk kita....


KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.


“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.

Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.
“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.

Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

“Produk beracun ini mudah  pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.

Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.

INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
-Kintop
-Body Beaus
-BMI-9 Xylimming Capsule
-Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
-Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
-Obexlim
-Slimax Coffee
-Beaute Fit Body Contour
-Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
-357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
-Makjun Taufiq Dua Istimewa
-Majun Dua Istimewa
-Ginseng Jin Fui Wan
-Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
-Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
-Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
-Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
-Makjun Syafiq 3 Istimewa
-Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
-Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
-Eriesya Spa Beauty Cream
-Atika Beauty Renewal Cream
-Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
-Ratna Sari Whitening Night Cream
-Tia Amelia Krim Jeragat
-Chantique Whitening Night Cream
-RZAC White Pearl Cream
-Nuriz Day and Night Cream
-Elite Rias Er Cream
-R&Z Whitening Night Cream
-Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
-Pigmentation Recovery Complex
-Zara Rejuvenation Cream
-Natasya Krim Herba Gold
-De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
-Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
-Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
-Qian Tong Dan
-Raja Ubat Resdung
-Coral Plus UA 350MG

Wednesday 26 September 2012

Sepatutnya coretan ini saya post pada Julai lalu....

Agak lama tidak berdiskusi, tidak menerap idea dalam penulisan untuk santapan jiwa...namun hari ini berpeluang begitu ekoran kehadiran masa dan keadaan....

11 Julai lalu ia hadir lagi...terlalu pantas, rasanya baru tahun lepas menulis bahawa ia hadir bagi memberi ingatan tentang usia perkahwinan ku dan Syirfan Indra Mitra Surya...ia  genap 9 tahun....pantasnya waktu..rasa masih belum sempurna menyubur kasih sayang....


Padaku yang serba kekurangan ini...tidak banyak yang mampu diberikan...yang ada hanya kekuatan fizikal untuk menyempurnakan rumahtangga, menyenangkan hati anak-anak, menyebarkan perkara yang baik, menjauhkan hasad dengki dan iri hati...ku juga hanya mampu memberi dorongan pd suami untuk membuat kebaikan pd ibu bapanya dan juga pada ibubapaku.....perkara yangg tidak mampu ku tolak adalah menyambut setiap kehadiran saudara mara dan adik beradik serta rakan-rakan dengan penuh kejiwaan....semua mereka amat penting...

Moga Allah menjauhkan kami daripada dugaan yang mampu meluntur rasa kasih dan sayang...semua perkara akan sempurna jika ada rasa itu....andai ada yang merasakan apa yang saya perkatakan ini silap, mohon maaf..namun bagi yang merasakan ia mampu dijadikan pedoman..saya jamin bahawa menjaga rasa kasih dan sayang itu akan mampu menepis dugaan...insyaAllah...

Tahun ini agak menarik perjalanan hidup kami...kami berpeluang ke Mekah bersama-sama....Syirfan kerap ke sana tapi ia pertama kali bagi saya...namun mengikut Syirfan, pemergian pada April lalu agak berlainan..sebab saya ada di sisinya..


Ketika sembahyang sunat selepas mengelilingi kaabah, dalam sujud..ku doakan semoga perjalanan hidupku hanya bersama Syirfan, lelaki yang kupegang kain ihramnya, lelaki yang menunjukkan ku dimana air zam zam dan lelaki yang cuba menahan badanku daripada dirempuh jemaah lain ketika cuba mencium hajarul aswad...

Selepas selesai umrah pertama, Syirfan datang dan mengucapkan tahniah kerana ku telah selesai mengerjakan umrah..saat itu sempat juga peluk dia seketika, ada jemaah bersama kami yang perasan..bukan niat untuk bermegah bahawa akulah ada suami, tapi ia hadir secara spontan...rasa bersyukur dan bangga kerana bersama lelaki yang kudengar sendiri berdoa untuk kebahagian kami, membangkitkan kami di akhirat kelak dengan menuju ke syurga...ada mak cik-mak cik yang ikut kami kata " seronok tengok ustaz gan ustazah.." hehe..ia panggilan untuk kami kerana ketika iti kami berdua dipertanggungjawap membawa jemaah..

 Ombak dan gelora rumahtangga akan sentiasa tiba....tiada manusia mampu menduga, yang ada cuma rasa..bak kata seorang kawan.." di rumah..dia suami kita tapi di luar dia milik pelbagai orang, yang ada cuma ingatan, orang lain can see but cannot touch.."

Sehingga kini..saya berbangga dengan perkenalan lalu..saya bersyukur dengan dugaan lepas dan saya bersyukur dengan keadaan kini..semuanya mematangkan, semua menyempurnakan dan semua itu mampu mengingatkan saya untuk berubah dan sentiasa berubah...

Selamat Ulangtahun Perkahwinan untuk kami..selamat ulangtahun juga untuk mereka yang seiring dengan kami...bagi rakan-rakan di Kolej Keenam UPM yang mengenali kami....mungkin dalam hati mereka akan berkata...abang syirfan dan kak zan masih seperti dulu...yehhhhhh...