Andai nyawa telah tiada...

Andai nyawa telah tiada....Catatan ini menjadi ganti....

Wednesday 26 September 2012

Sepatutnya coretan ini saya post pada Julai lalu....

Agak lama tidak berdiskusi, tidak menerap idea dalam penulisan untuk santapan jiwa...namun hari ini berpeluang begitu ekoran kehadiran masa dan keadaan....

11 Julai lalu ia hadir lagi...terlalu pantas, rasanya baru tahun lepas menulis bahawa ia hadir bagi memberi ingatan tentang usia perkahwinan ku dan Syirfan Indra Mitra Surya...ia  genap 9 tahun....pantasnya waktu..rasa masih belum sempurna menyubur kasih sayang....


Padaku yang serba kekurangan ini...tidak banyak yang mampu diberikan...yang ada hanya kekuatan fizikal untuk menyempurnakan rumahtangga, menyenangkan hati anak-anak, menyebarkan perkara yang baik, menjauhkan hasad dengki dan iri hati...ku juga hanya mampu memberi dorongan pd suami untuk membuat kebaikan pd ibu bapanya dan juga pada ibubapaku.....perkara yangg tidak mampu ku tolak adalah menyambut setiap kehadiran saudara mara dan adik beradik serta rakan-rakan dengan penuh kejiwaan....semua mereka amat penting...

Moga Allah menjauhkan kami daripada dugaan yang mampu meluntur rasa kasih dan sayang...semua perkara akan sempurna jika ada rasa itu....andai ada yang merasakan apa yang saya perkatakan ini silap, mohon maaf..namun bagi yang merasakan ia mampu dijadikan pedoman..saya jamin bahawa menjaga rasa kasih dan sayang itu akan mampu menepis dugaan...insyaAllah...

Tahun ini agak menarik perjalanan hidup kami...kami berpeluang ke Mekah bersama-sama....Syirfan kerap ke sana tapi ia pertama kali bagi saya...namun mengikut Syirfan, pemergian pada April lalu agak berlainan..sebab saya ada di sisinya..


Ketika sembahyang sunat selepas mengelilingi kaabah, dalam sujud..ku doakan semoga perjalanan hidupku hanya bersama Syirfan, lelaki yang kupegang kain ihramnya, lelaki yang menunjukkan ku dimana air zam zam dan lelaki yang cuba menahan badanku daripada dirempuh jemaah lain ketika cuba mencium hajarul aswad...

Selepas selesai umrah pertama, Syirfan datang dan mengucapkan tahniah kerana ku telah selesai mengerjakan umrah..saat itu sempat juga peluk dia seketika, ada jemaah bersama kami yang perasan..bukan niat untuk bermegah bahawa akulah ada suami, tapi ia hadir secara spontan...rasa bersyukur dan bangga kerana bersama lelaki yang kudengar sendiri berdoa untuk kebahagian kami, membangkitkan kami di akhirat kelak dengan menuju ke syurga...ada mak cik-mak cik yang ikut kami kata " seronok tengok ustaz gan ustazah.." hehe..ia panggilan untuk kami kerana ketika iti kami berdua dipertanggungjawap membawa jemaah..

 Ombak dan gelora rumahtangga akan sentiasa tiba....tiada manusia mampu menduga, yang ada cuma rasa..bak kata seorang kawan.." di rumah..dia suami kita tapi di luar dia milik pelbagai orang, yang ada cuma ingatan, orang lain can see but cannot touch.."

Sehingga kini..saya berbangga dengan perkenalan lalu..saya bersyukur dengan dugaan lepas dan saya bersyukur dengan keadaan kini..semuanya mematangkan, semua menyempurnakan dan semua itu mampu mengingatkan saya untuk berubah dan sentiasa berubah...

Selamat Ulangtahun Perkahwinan untuk kami..selamat ulangtahun juga untuk mereka yang seiring dengan kami...bagi rakan-rakan di Kolej Keenam UPM yang mengenali kami....mungkin dalam hati mereka akan berkata...abang syirfan dan kak zan masih seperti dulu...yehhhhhh... 


















No comments:

Post a Comment