Andai nyawa telah tiada...

Andai nyawa telah tiada....Catatan ini menjadi ganti....

Wednesday 27 July 2011

HAYAT SEBUAH PERKAHWINAN.....



Hari ini baru sempat baca page ke-21 buku "Aku Terima Nikahnya" sejak diberi en suami pada 11 Julai lalu..

Agak menarik idea si penulis...katanya... 

"Apakah perkahwinan kita kekal sampai hari mati atau sekadar sampai ke anak cucu dan kemudian bercerai bertemankan uban dan kedut wajah atau gerhana di tengah jalan"...

Padaku..segala kemungkinan boleh berlaku...namun doaku..biarlah ia kekal sampai mati....
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 
Belakang kami 'pokok suami isteri'..ntah berapa usianya...tgok jalinan antara kedua pokok..

Semalam...sebelum en suami terbang ke Phnom Penh...kami sempat dating dan makan-makan......dalam berdua-duaan itu kami sempat berbincang tentang perbelanjaan dan impian apabila tua nanti...

En suami bercita-cita membawaku berjalan-jalan.....ntah ke mana....yang pasti permintaan untuk ke Rom pada tahun ini ditolak kerana kosnya lebih kurang mengerjakan haji..hehe....harap impian itu tercapai.....kami memasang cita-cita melihat keindahan dunia dalam meniti usia tua nanti.......bersama-sama.....

Diriku pula ingin membina rumah di kawasan  kampung....persetujuan kami bersama adalah di Negeri Sembilan..tempat lahir en suami.....dekat dengan Kuala Lumpur bagi memudahkan kami mendapatkan rawatan kesihatan...juga untuk hari tua...

Impianku.....rumahnya harus setingkat sahaja...tidak perlu lebih dari itu kerana keturunanku biasanya mengalami sakit lutut dan menaiki tangga adalah sesuatu yang menyusahkan apabila mencapai usia senja... keadaan rumahnya cukuplah sesedap mata memandang, kawasannya di kelilingi jiran tetangga yang baik hati dan anak2 mempunyai 'rasa' untuk pulang bertemu ayah dan umi....

Rumah di Serdang akan menjadi aset untuk anak-anak...ia juga akan menjadi kenangan bagaimana kami mula membina kehidupan bersama...

Besar impian kami di hari tua....mungkin ia terlalu awal untuk diperkatakan namun ku pernah membaca tentang pendapat seorang pakar motivasi bahawa jika ingin selesa di hari tua, perancangannya perlulah di buat 10 tahun sebelum itu......

Ada betulnya pendapat itu kerana jika dilihat senario hari ini, kenaikan harga barang, kos hidup yang tinggi, kemajuan pendidikan dan segala macam cabaran....apa-apapun boleh berlaku....jika rumah di Kuala Lumpur boleh naik RM100,000 setahun, tidak mustahil jika selepas ini tanpa duit poket melebihi RM10,000...tiada apa yang boleh dibeli....

Semangat bersama-sama ini dipupuk sejak kami baru kahwin lagi...membeli rumah selepas memiliki anak kedua, membaiki dan menceriakan rumah sebelum anak sulung masuk sekolah rendah....alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik...

Selepas si abang bersekolah, kami lebih menumpukan pada pendidikannya...juga untuk si kakak dan si adik yang akan bermula pada tahun hadapan....biarlah habis beribu untuk pendidikan kerana ia berbaloi untuk masa depan......

Nasihatku kepada adik-adik yang baru menempuh alam rumahtangga...cubalah atur perancangan hidup dari awal, berbincang bersama dan jika tidak mampu...bersederhana sahaja, ia lebih baik daripada kita bermewah tetapi merana kemudian hari......

Apa yang kukatakan ini sebenarnya diambil daripada kata-kata kedua orang tuaku dan mertuaku.....jujurnya...ia banyak memberi peransang dan menjadi landasan dalam menjalani kehidupan...

Berbicara tentang rumahtangga dan keutuhannya amat menakutkan sebenarnya...tetapi jika bercerita pasal harapan tiada lain dalam fikiran...tentunya inginkan kebahagiaan...sampai bila-bila...sampai mati...sampai jasad meninggalkan tulang...sampai akhirat......

Itu doa saya untuk sesiapa jua....