Andai nyawa telah tiada...

Andai nyawa telah tiada....Catatan ini menjadi ganti....

Tuesday 26 July 2011

UTK

UTK...Unit Tindakan Khas..

Ia antara unit terhebat dalam pegawai keselamatan yang menjaga keamanan negara...

Nak masuk unit ini bukan senang dan hanya beberapa orang sahaja yang akan melepasi ujian kelayakkan..tugasannya lebih sukar daripada polis biasa..

Kalau sahabat ada terjumpa beberapa orang berpakaian hitam dan berkaca mata gelap, naik motor besar ketika mengiringi orang kenamaan di jalan raya....itulah antara UTK bertugas...

Ada juga di kalangan mereka yang memakai baju biasa seperti batik tetapi ditelinga mereka akan ada wayer sebagai alat perhubungan.... keadaan ini boleh dilihat apabila perdana menteri atau vvip lain menghadiri majlis tertentu...

Pengalamanku bersama UTK adalah ketika mengendalikan kes Altantuya..dua UTK yng dituduh membunuh...kes itu telah berlalu dan mereka telah disabitkan kesalahan itu...itu keputusan mahkamah yang kita harus akur namun keduanya masih ada peluang untuk membuat rayuan...

Ku tidak berhasrat bercerita tentang pembunuhan Altantuya tetapi  tentang keperibadian kedua UTK ini..yang ku kenal ketika bersama mereka yg berada di dalam kandang tertuduh...

Setiap kali berpeluang berbual, ku akan bertanya macam2...hebat ke jadi UTK..senang ke nak mintak... banyak tak gaji...macam-macam le, ada yang harus dirahsiakan dan ada yang padaku boleh dikongsi untuk pengetahuan bersama...

Cerita si Azilah..untuk jadi UTK harus berkhidmat sebagai polis biasa dahulu, biasanya pegawai penyiasat akan berminat untuk terlibat sebagai UTK...mereka yang layak akan diuji...bukan hanya ketahanan fizikal tetapi juga mental...harus sanggup berkorban...jadi tidak hairanlah jika mereka yang berjaya dalam unit ini akan menghadapi masalah jika berumahtangga...pasangan harus byk bersabar katanya...

AZILAH DAN SIRUL

Azilah yang ku kenal adalah seorang yang sangat pandai bertutur kata, baik budi pekerti dan pandai bergurau..di awal mengenalinya di kandang tertuduh, ku memanggilnya Tuan Azilah sebab beliau berpangkat ASP..namun dia tidak suka dipanggil begitu.."Azilah jer" sebab umurnya sama denganku...

Mengikut Timbalan Komander UTK ACP Mastor Mohd Ariff  (yang memberi keterangan di Mahkamah) Azilah adalah seorang yang cekap dan hebat dalam pertempuran menggunakan senjata di dalam air..katanya..tidak ramai UTK di Malaysia yang boleh melakukannya...hebat kan..dan pujian itu ku sempat katakan pada Azilah..

Sirul (seorang lagi UTK yang dituduh) adalah seorang yang pendiam tetapi gemar makan asam...hehe..rasanya rakan wartawan terlibat akan ingat tabiat Sirul ini...beliau mempunyai susut tubuh yang lebih besar dan tegap berbanding Azilah....


HIDUP MACAM ROBOT

Kepakarannya adalah sebagai pegawai pengiring vvip dan dihantar ke luar negara...dengan wajahnya yang sedikit serius..ku pasti orang akan gerun jika merenungnya namun dalam keadaan itu..hatinya sangat lembut dan beliau pernah menangis ketika merayu di mahkamah.....

Menurut Mastor sesetengah negara seperti Hong Kong tidak membenarkan pegawai pengiring membawa senjata dan mereka hanya boleh mempertahankan peminpin negara menggunakan tubuh badan sendiri...ada berannnnii? hehe....

Ada antara sahabat yang kata UTK ni ganas dan sombong...tapi dalam kehidupan profesional ku rasa mereka wajar berkeadaan begitu...sepertimana wartawan yang harus ramah dan mesra...demi tugas...


STRATEGI HARUS ADA


Tugas UTK bagaikan robot....harus mempunyai tubuh yang mantap dan kuat...jiwa mereka hanya untuk negara...kehidupan peribadi menjadi perkara kedua....tidak ramai antara kita sanggup berkorban...

Kagum dengan UTK....kagum dengan semangat mereka dan kagum dengan kekuatan mereka bagi memastikan pemimpin dan negara kita tidak diancam musuh.....

Mereka sentiasa berjaga...mata, hati dan jiwa...



No comments:

Post a Comment