Andai nyawa telah tiada...

Andai nyawa telah tiada....Catatan ini menjadi ganti....

Sunday 10 July 2011

HARIKU JADI PENGANTIN.....

I I



11 Julai...
Hari ni genap lapan tahun ku menjadi isteri kepada Syirfan Indra Mitra Surya Hussin...

Jika dilihat pada angka 8 itu ia bagaikan masih baru...namun jika dihitung dari sudut hari.. rupanya dah 2880 hari ku bersama dengannya....

Nak kira ikut jam, minit gan saat ntah le berapa banyaknya tu...cuma jika ditolak dengan kesibukan kami bekerja dan dihantar bertugas di tempat lain...jumlah itu pasti akan berkurangan...

Bermula 11 Julai 2002...kami diijabkabulkan dengan penuh kegembiraan dan direstui kedua-dua keluarga...berkat doa semua kami berpeluang lagi merasai kehebatan 11 julai ini dari tahun ke tahun...alhamdullilah...

Tahun sebelum ini kami ke Beijing...menyambutnya bagaikan pasangan yang baru berkahwin..ada antara peserta rombongan terkejut bahawa kami telah mempunyai 3 anak...
KAMI


KAMI LAGI

LAGI LAGI KAMI
Rekod 8 tahun adalah jalinan suami isteri dan jika dihitung perkenalan antara kami, ia lebih dari itu...perkenalan sebenar berlansung pada 1998 ketika kami masih menuntut di UPM dan aktif dengan program mahasiswa...tak tahu apa yang menarik tentang diriku dan diri Syirfan namun kami saling tertarik antara satu sama lain...hehe

Pernah ku katakan padanya ketika baru berkahwin dahulu "jika mahukan ku menjadi cantik, tentunya tak mungkin, kalu mahu ku jadi putih macam perempuan lain, basuh dengan clorox 4 botolpun lum tentu bleh hakis, namun jika diminta ku  menjaga keturunannya, ibu bapanya dan adik beradiknya..insyaAllah akan ku tunaikan..." haha...

Antara yang menarik tentang suamiku ini yang mungkin sukar ku peroleh dari orang lain adalah sikap prihatinnya terhadap OKU..buktinya..dia menunaikan tanggungjawap itu pada adikku...semasa kami sedang hangat berkawan dulu ku pernah katakan padanya bahawa sekiranya lelaki itu tidak menerima adikku..ku sanggup tak kawin sampai mati sebab di mana lagi adikku ingin menumpang kasih jika tidak pada ku dan abang sulungku...kami hanya tiga beradik...

MEJA KERJA SYIRFAN



















Ku masih ingat, bagi menyatakan keyakinannya menerima keluargaku, Syirfan dengan ditemani dua sahabat kami ke kampungku untuk melihat keadaan adik, dan dia kemudiannya memberitahu ibunya berkenaan kecacatan adikku...ibu mertuaku kemudiannya menelefonku untuk menyatakan kesediaan keluarga mereka menerima aku walaupun mempunyai kekurangan itu dan ibu mertuaku yang sangat baik ini berkata "Semua itu anugerah Allah" ...

Janji Syirfan tertunai dari kami mula serius berkawan hinggalah kini...tanpa segan silu dia akan membawa adikku ke sana ke mari, membawanya membeli segala yang diminta dan membawa adikku makan di tempat yang mahal walau poketnya sedang menipis pada waktu itu....itulah Syirfan...moga ia kekal begitu...

Bila bercerita kebaikan suami...akan ada yang berbunyi "hati2 sebab depan kita mmg begitu"...ya..ia memang betul..namun jika terlalu berfikiran negatif, rumahtangga boleh jadi terlalu rapuh...padaku...segala yang dilalui sebelum ini adalah dugaan untuk dibuat penilaian pada masa akan datang...sokongan keluarga sentiasa ada untuk kami....juga mohon ia kekal begitu...


Masih terbayang2 sms dari syirfan selepas beliau tawaf ketika mengerjakan haji tahun lepas, katanya " Abang menangis didepan kaabah, teringat dosa abang pada ayang, doa abang..biarlah kita bersama-sama membesarkan anak2 dengan penuh kasih dan sayang.. jika Allah ingin mencabut nyawa di antara dikita berdua, abang mohon biar abang pergi dahulu.."...sedih kan....tp ku jawap..."banyak ke dosanya? berapa juta tinggal tuk umi bila mati?" hehe...saje jer waktu tu cakap macam tu sebab tengah sebak...

Apa yang ku tulis ini tiada niat untuk berbangga2 dengan kebaikan suami, cuma ku harap sahabat lelaki mencontohi atau melakukan yang lebih baik dari itu....bila anak2 baca kecintaan antara ibubapanya, jiwa mereka akan berbunga-bunga....bangga beritahu orang lain bahawa umi dan ayah bercinta...
SEJUKKKKK...

Dugaan yang hadir pada hari sebelum ini akan menjadi ikhtibar kepada kami...hari mendatang akan ditempuh dengan segala kekuatan yang ada....dengan janji dan doa bersama...ku bermohon agar ikatan perkahwinan kami kekal selamanya..anak-anak membesar dengan kasih dan sayang, kehidupan bersederhana yang diredhai dan dilimpahi kesejahteraan dalam kerjaya yang kami pilih...

Moga tiga cahaya mata kami ..Putera Syahmi Zafran, Puteri Syahmina Zafirah dan Putera Syamil Zafran berbangga dengan umi dan ayahnya sampai bila-bila...

11 Julai 2011.....

No comments:

Post a Comment