Andai nyawa telah tiada...

Andai nyawa telah tiada....Catatan ini menjadi ganti....

Friday 22 July 2011

SAHABAT DI MEDIA ROOM

Ada sahabat yang perli saya hari ini...katanya..blog harus di update setiap hari...hehe...ada betulnya tu..

Namun kekadang kesuntukan masa berikutan kerja dan hal peribadi membuatkan masa terlalu menghimpit..

Demi sahabat yang seorang ini saya akan luangkan sedikit masa itu...fokus terbaik hari ini berkaitan kesihatanku..

Kalau tak silap masalah batukku sudahpun berlarutan selama 3 minggu..selsema dan kini merebak ke telinga..pesan sahabat "kesihatan itu penting.." memang betul..namun selagi masih ada tenaga yang lain..sakit yang boleh ditahan itu dibiarkan dahulu dan keinginan menyempurnakan kerja lebih diutamakan...

Apa yang menariknya sejak dianugerah sakit ini adalah semangat bertanya kekawan samaada ku dah sihat atau belum...sebenarnya ia sangat berharga dan ku amat gembira dikelilingi rakan sebegini...ada yang mengesyorkan doktor pakar yang mereka pernah jumpa, beri petua, suruh berehat dan ada jugak yang gelakkan aku yang kekadang pekak ini....tak ambil hatipun sebenarnya malah ia mengembirakan....

Semua yang terjadi ini kebanyakkanya berlaku di bilik media di bangunan mahkamah yang dihuni semua wakil media dari pelbagai agensi...

Bercerita tentang mereka...membuatkan ku takut untuk bertukar ke bahagian lain...kerana sudah serasi dan kami bagaikan adik beradik..

Di bilik media ini ada Tamarai dari akhbar berbahasa inggeris...dia amat takut dengan sejuk..dengan badannya yang kurus, dia perlu lari dari aircond..namun dia adalah sahabat yang sangat baik dan antara yang kerap bertaya "Zalina, u ok?" hehe...sayang Tamarai....Jennifer juga mempunyai kebaikan yang sama dengan Tamarai..dia cukup marah kalau orang yang tidak sihat datang bekerja....haha

Selain Tamarai... ada juga Magesh yang dipanggil "Queen of majistret court" suatu ketika dulu...dia wanita india tradisional yang sangat baik dan minah kedah yang cantik...Lisa tidak terkecuali...wanita moden ini amat baik dengan semua press...tabiat yang mungkin tidak disedari adalah menggulung hujung rambutnya setiap kali mengadap komputer....

Haaa...ni nak cita kawan berbangsa cina plak...Paw..ku selalu panggil dia pau kaya...juga baik hati dan saling membantu...orang kuat paper cina dia ni...

Rakan-rakan melayu yang rapat dan sentiasa ada di dalam bilik ini adalah Kak Nor, Dian, Shima, Suwarni dan Johari..bercerita tentang mereka...satu yang tak boleh lari iaitu kesemuanya cantik dan putih kecuali Johari...Suwarni amat terkenal dengan jolokan ikan bakar...hehe

Haha...Jo?...orang yang paling banyak mengutukku dengan segala auta dan faktanya...namun..disebalik semua itu dia sangat baik, sompan santun dan sentiasa menceriakan kami...

Tak boleh tertinggal dalam senarai rerakan kat court adalah sahabat dari Bernama sendiri..Suriati dan San...kedua mereka yang banyak membantuku dan jujurnya kami memerlukan antara satu sama lain...

Adik-adik yang baru menyertai legasi media mahkamah adalah suraiya, fariza, juju, suhana, radzi dan beberapa yang lain...mereka juga menarik..baik dan menceriakan setiap hariku...

Gembira dapat bersama rakan-rakan dan gembira setiap hari berada di Media Room......

No comments:

Post a Comment