Andai nyawa telah tiada...

Andai nyawa telah tiada....Catatan ini menjadi ganti....

Monday 13 June 2011

Di sebalik kenduri kendara.....

Dalam dua tiga minggu ini...banyak kenduri kendara berlansung...ada yang libatkan saudara mara...ada juga rakan taulan....semuanya untuk menggambarkan kesyukuran dan kesukaan menyambut sesuatu...

Tahniah kepada semua atas kehadiran orang baru dalam keluarga dan syukur dapat merasai makanan yang hebat semuanya.....

Namun disebalik semua itu...bagiku yang menjadi pemerhati dan cuba berfikiran positif...kenduri kendara ini lebih kepada menemukan jasad yang telah lama tidak bertentang mata...bermaaf-maafan dan cuba melupakan kepahitan silam...

Pernah pada kenduri sebelum ini ku bertemu dengan seseorang namun kali ini tiada lagi kelibatnya kerana beliau telah meninggal dunia....pertemuan kali ini mungkin yang terakhir antara kita dan yang lain...lepas ini belum tentu siapa yang akan pergi dahulu....

Tidak dapat dinafikan suatu ketika diriku mungkin melakukan kesilapan disebabkan kebodohan dan kecelaruan hingga timbul perasaan tidak puas hati dan terkilan....tapi itu dulu...kini ku cuba bangkit menjadi manusia yang mampu menjadi contoh kepada anak-anak bahawa hidup ini hanya seketika,  berbaiklah dengan saudara mara, jauhkan rasa kecewa dan terima segala seadanya.....

Sepanjang minggu-minggu kenduri ini kucuba menyampaikan kepada anak-anak bahawa mereka mempunyai ramai saudara...ada mak sepupu, adik sepupu dan tok saudara yang kekadang mereka tak pernah jumpa...bila dikira-kira ramai juga saudara maraku....cuma kami jarang bertentang mata....

Generasi pertama iaitu anak-anak kepada datuk dan nenekku ada seramai sembilan orang...apabila mereka berkahwin hadir pula generasi kedua yang entah berapa bilanggannya sebab ku sendiri gagal mengingatinya...salah seorang daripada generasi kedua itu adalah diriku sendiri...yang merupakan cucu kedua mereka selepas abangku....

Generasi ketiga lagilah tak terkira...yang pasti anak buahku Muhammad Aiqal Iman adalah cicit terawal dan terakhir yang dapat melihat raut wajah nenekku....dia juga memulakan langkah pertama di rumah nenekku sebelum nenekku meninggal dunia beberapa minggu selepas itu...

Anak-anakku tidak sempat melihat arwah nenekku tapi ku katakan kepada mereka jika nak tau macam mana wajah nenekku (moyang mereka) tengok je wan (ibuku) dan Tok Su (Mak Su iaitu mak saudaraku) dan tok sedara lelaki sama macam datukku. ....wajah mereka sama jer....jadi anak-anak sibuk tanya..ada ke arwah atukku macam Tok Long (Pak Long),  macam Tok Chik (ayah Chik), Tok Teh (Ayah Teh)...macam Tok Da (ayah Da),  macam Tok Ngah (Pak Ngah), Macam Tok Rani (Pak Rani) atau macam Tok Chik Pozi (Chik Pozi)

Lepas tu ku pening nak jawap....hehe....

Kenduri kendara ini juga sebenarnya menjadi medan menzahirkan kasih dan sayang...semangat tolong menolong dan membalas budi mereka yang pernah bersusah payah untuk kita sebelum ini....harus beringat hari ini untuk mereka dan akan tiba hari kita...jika tidak ringankan tangan untuk nmenolong esok lusa bila tiba kenduri di rumah kita tiada tangan akan di hulur....

Mungkin ada yang berfikir lebih mudah dengan memanggil pengusaha katering sahaja menguruskan semua benda dan tidak perlu menyusahkan saudara mara...itu betul tetapi kenduri tetap kenduri...walau macam mana banyak pun duit kita untuk membayar katering tetapi jika pada hari itu Allah ingin menguji... tetiba lauk basi, lauk tak cukup dan masalah timbul disaat-saat akhir....khidmat saudara mara juga akan dicari...haruss juga bersedia dengan bantuan tangan mereka....itu ingatan untukku dan juga sahabat....

Bagi saudara yang dah tua...biarlah mereka berehat..sudah sampai masanya mereka melihat sahaja...seperti ibuku yang kini berusia 64 tahun...ku rasa bukan masa untukknya lagi bertungkus lumus dalam kerja-kerja berat...biarlah saudara seusia ini berehat sambil memberi nasihat.....

Pada anak-anak sebelum kami bertolak balik ke kampung ku telah berpesan harus bersalam dan jangan sombong dengan orang....tiada niat untuk mendabik dada dalam bercerita tentang memberi nasihat kepada anak-anak tetapi terdapat pengajaran yang berada di depan mata bahawa jika tidak dilentur dari awal anak-anak tidak akan hormat orang lain....seperti mana pesan mak...jangan biarkan anak di dalam kereta ketika kita bertandang di rumah saudara...jangan biarkan anak tidak kenal siapa waris kita....banyak pesan mak......

Kini...setelah pelbagai perkara berlaku dalam keadaan masa yang mematangkan fikiran....ku yakin ikatan persaudaraan amat penting...sepertimana pentingnya jiran tetangga dan rakan taulan...

Salam persaudaraan untuk semua.......