Andai nyawa telah tiada...

Andai nyawa telah tiada....Catatan ini menjadi ganti....

Tuesday 31 May 2011

PENGALAMAN BERSAMA TERTUDUH...

Ada sedikit cerita mengenai tertuduh...perkongsian cerita tentang mereka bukan untuk memburukkan mereka namun sedikit cerita tentang mereka, jenayah dan hukuman yang diterima...untuk memberi pengajaran...

Ku pernah terlibat dengan kes seorang guru muzik yang didakwa merogol anak tirinya yang berusia 11 tahun..beliau meringkuk di dalam penjara hampir lima tahun sebelum hakim memberi keputusan...

Ketika saksi utama (gadis 11 tahun itu) memberi keterangan, diberitahunya bapa tirinya itu merogolnya beberapa kali ketika ibunya bekerja di waktu malam...

Ku lihat fizikal gadis itu cukup sempurna, ketika hadir di mahkamah, beliau berbaju kurung dan bertudung...amat kecil susut tubuhnya dan bersesuaian dengan usianya 11 tahun..

Guru itu dipanggil membela diri oleh Hakim setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie...

Amat mengejutkan apabila guru muda ini membuka mulut...katanya gadis 11 tahun itu telah rosak moralnya, dia mengaku tidur dan berasmara dengan gadis itu tetapi bukan merogolnya tetapi dia digoda!

Katanya, anak tirinya itu sering menonton cd lucah ketika ketiadaan ibunya yang bekerja sebagai GRO...gadis itu bukan lagi dara dan sering kali masuk ke biliknya untuk menggodanya...

Pada awalnya ku tak percaya dan ku beranggapan guru itu menipu bagi melepaskan dirinya namun setelah sampai diperingkat hujahan dan hakim membuat keputusan ku cuba berfikir secara logik dan realiti..

Hakim berkata walaupun guru itu telah dewasa dan berfikiran waras namun dalam keadaan anak tirinya yang rosak moral amat sukar untuk dia menolak kemahuan seks gadis itu.

Rupanya tindakan menggoda bapa tiri itu amat kerap berlaku dan menjadi kebiasaan gadis itu masuk ke bilik bapa tirinya dan terus menyelinap ke dalam selimut....ayooo...11 tahun yea....

Hakim berkata realitinya amat sukar untuk menepis godaan, namun lelaki itu boleh juga dipuji kerana telah kerap menolak....akhirnya tergoda juga.....

Mengikut hujahan, gadis itu membuat aduan polis selepas bapa tirinya enggan menidurinya lagi dan bertindak memberitahu ibunya sebelum bapa tirinya bertindak dahulu...

Hasil siasatan juga mendapati gadis itu telah kehilangan dara dalam tempoh yang lama...Hakim memutuskan guru itu dibebaskan dan ketika hakim membacakan keputusan guru itu menangis..memang dia sebak, dah le tak de seorangpun ahli keluarga dia hadir...memang kesian...

Ku sempat bertanya, adakah dia akan terus menjadi guru....jawapnya..mungkin tidak kerana dia amat malu dan dia mengakui tersilap dalam mencatur hidupnya dan Allah telah memberi hukuman...

Ternyata dia telah insaf..melibatkan diri dengan GRO dan tidak mampu membawa isterinya keluar dari dunia itu sebaliknya dia terjerumus sama...lekuk di dahinya memberi tanda sesuatu...ya..dia sedang bertaubat...

Dalam rayuannya juga sempat dinyatakan bahawa telah insaf dan berkelakuan baik di dalam penjara..moga dia terus berkeadaan begitu..

Wednesday 25 May 2011

KASIH SANG PUTERA....

PUTERA SYAHMI ZAFRAN BIN SYIRFAN INDRA MITRA SURYA

Ntah kenapa hari ini asyik teringat putera sulungku ini....abang mie...mungkin kerana hatiku berdebar kerana dia berdepan dengan exam hari ini...penentuan untuk ditempatkan di kelas samada cerdik, sederhana atau perlukan penekanan...doa umi dan ayah sentiasa ada untuk abang mie....tidak kira di mana akan ditempatkan pihak sekolah, kami akan membantu kerana kami tahu syahmi sedang berusaha dan sering berdoa pada Allah moga dijadikan budak cerdik, baik dan sihat...itu doanya setiap hari selepas sembahyang....

Bercerita tentang syahmi tiada lain yang akan terlintas difikiran....kasih sayangnya pada adik-adik...amat mendalam...walau macam mana sakit hati dia nak lepaskan sesuatu tapi bila adiknya meminta, hatinya akan cair...kalau dia makan sekalipun, akan diluahkan makanan tu semula jika si adik merenget nak lebih...yang pasti semua untuk adik...adik..adik...adik...


Ketika tangannya terluka kerana terkena cermin....dia menangis teresak-esak...dlm perjalanan ke hospital mulutnya asyik berbunyi.. "macam mana kalau abang tak de tangan, macam mana nak jaga adik, abang tak de tangan..." berderai air mataku dan suami ketika itu....

Sejak syahmina lahir, sifat tanggugjawabnya pada adiknya itu mula menyerlah..jangan cuba kata "nak adik bleh?"...harus kena penumbuknya...hehe...


SYAHMI KETIKA BERUSIA DUA TAHUN LEBIH BERSAMA MINA SETAHUN

INI ADIK SAYA.....
Syahmina menjadi keutamaannya...tangan dia tidak akan berenggang dari mina jika bergambar...jika berjalanpun akan dipengangnya..pernah sekali ketika kami pergi shoping...mina terpegang tangan orang lain kerana menyangka itu diriku..wanita itu mengenggam tangan mina dan kuperhatikan saje untuk melihat reaksi mina apabila tersedar...tetapi belum sampai 2 minit, syahmi dah menerkam dan tarik tangan adiknya itu...cepat aje dia marahkan mina supaya jangan tak pegang abang...hebatnya anak umi...

 Syahmi menjadi penunjuk arah pada adiknya, menjadi ketua dalam membuat keputusan selepas berbincang di mana akan bercuti, rumah wan mana yang nak pergi dulu dan dia menjadi orang pertama yang akan likan sesuatu...namun dalam mendahulukannya...dia selalunya akan mengikut kata adik...adik memberi pendapat dan keputusan sebenarnya..dia cuma menyampaikan kepada kami kerana dia sering beralah...



JOM SOLAT SESAMA..IKUT ABANG TAU, ABANG IMAM
JOM MAIN AIR...



Teringat dengan kata-kata seorang kenalan yang juga pakar motivasi..katanya putera sulung kami ini memang kaya dengan kasih sayang...melimpah katanya...itu ada betulnya..guru tadika dan pemandu van sekolah juga berkata demikian..kata mereka jika ada anugerah abang terbaik kat sekolah..syahmi akan jadi pemenangnya..kata gurunya, syahmi tidak akan membenarkan orang ganggu adiknya ketika rehat, dia akan naik ke tingkat atas untuk pastikan adiknya makan bekalan yang di bawa, dia juga akan pastikan adiknya itu dapat bermain buaian jika meminta, waktu naik bas akan dipastikan adiknya di depannya dan duduk walaupun dia sendiri perlu berdiri...

Ku yakin, anak orang lain juga mempunyai sifat ini atau mungkin lebih lagi, cuma bila menceritakan kelebihan anak-anak..ku tidak dapat nafikan syahmi pemenang anugerah itu....mina dan syamil juga mempunyai rasa yang sama...rasa kasih dan sayang...



JANGAN GANGGU ADIK SAYA AAAAA.....
MENUNGGU AIS KACANG DI MAJLIS PAKAR MOTIVASI DR TENGKU ASMADI


Kasih syahmi pada syahmina amat utuh, sentiasa mengalah...susah nak tengok mina kena belasah gan abang mie..mungkin juga tidak ada dalam masa sebulan..setahun?ntah le...kalu adapun dia tak sengaja sebab bergurau...

Apabila lahir adiknya yang kedua syamil...kasih syahmi perlu dibahagi dua..namun ku tidak nampak sayangnya pada mina berkurang..pernah pada suatu malam dia bertanya pada syahmina samada adiknya itu sayangkan dia atau tak?...jawap mina.."sikit jer"...ku dengar suara syahmi terkejut dan di balas mina "gurau aje"...dua-dua berpegang tangan waktu tidur....

Syamil menjadi kesayangan syahmi dan mina...apa yang pasti syamil lebih ganas berbanding dengan syahmi..apa yang dibuat syahmi akan diikutnya..kalu si abang pakai jam, dia pun nak jam..abang melompat, diapun melompat...memang adik abang kata syahmi...


SYAHMI DAN SYAMIL

Hubungan kedua mereka ini juga rapat...sejak syamil baby hingga sekarang syahmi akan memeluk adikya..cuma sekarang syamil dah pandai 'cium muncung'...hehe..ia istilah syamil untuk bercium mulut dengan abangnya...si abang tidak boleh ke sekolah selagi tak menciumnya...


SAMA TAK KAMI...


Ku dan suami seboleh-bolehnya mengelak dari memisahkan mereka bertiga..jika salah seorang tiada akan demam satu daripadanya...jika berpisahpun mungkin untuk tempoh yang tidak lama...syahmi pernah ke Beijing tanpa dua adiknya ini dan menurut neneknya...syahmi menangis di tepi tingkap hotel..dia juga asyik tanya adiknya buat apa ketika itu...bila makan akan sebut, dik mina suka makan tu, dik syamil makan ini...uuummpp...memang sukar dipisahkan..

Jika balik ke kampung selalunya mereka akan bersama...memang ada benarnya tindakan bapa mertuaku yang menanam uri ketiga-tiga mereka dalam satu lubang, uri si abang berada di atas, si kakak di tengah dan adik di bawah....kawasan tempat penanaman itu ditanda bagi memudahkan kami mencarinya...mungkin sahabat boleh mencuba....
JOM JALAN DIK

BESAR TAK MATA KAMI...HEHE...NI ADIK KECIK YG SELALU GIGIT ORG..


http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/photos-ak-snc1/v4587/250/75/1544125413/n1544125413_306763_7051944.jpg?dl=1
CUBA TENGOK TANGAN KAMI...SALING MENYENTUH KAN...

Itulah syahmi...abang kepada Puteri Syahmina Zafirah dan Putera Syamil Zafran...segala-galanya bermula dari Syahmi...doa umi..moga abang menjadi anak yang soleh...menjadi saham untuk keluarga kita didunia dan akhirat....