Andai nyawa telah tiada...

Andai nyawa telah tiada....Catatan ini menjadi ganti....

Tuesday 23 August 2011

BELI..BELI..BELI...

Pada minggu lepas ku berkesempatan membeli pakaian baru untuk keluarga sempena hari raya....

Tidak mahu bercerita tentang berapa banyak duit habis dan berapa kuantiti yang dibeli...tapi tentang keikhlasan dan kesungguhan membeli yang sebenarnya lahir dari rasa kasih dan sayang...

Ketika di Sogo...ku lihat ramai ibu bapa yang membelek baju untuk anak-anak (termasuk diriku) dan ada juga yang memilih untuk diri sendiri.....dalam kesibukkan membelek itu dalam hatiku terdetik..."kenapa perlu berkali-kali memilih baju?..kenapa perlu beli yang mahal-mahal bagi mencari kualiti?"...dan kenapa perlu bersusah-susah hingga memenatkan diri yang sedang lapar semata-mata untuk hari raya?"..

Segala yang ada dalam fikiran ku itu hanya mempunyai satu jawapan...iaitu kasih dan sayang....bab membeli bagi yang mampu, barang itulah tandanya...bab menunggu si isteri memilih baju, kesabaran suami menjadi tandanya....semuanya tentang kasih dan sayang.... 

Ada juga yang membawa ibu dan bapa yang telah tua dan mereka menunggu di sebalik tiang...sempat ku dengar perbualan dua warga emas yang baru berkenalan...kata salah seorang daripadanya "orang ramai macam ni lebih baik duduk kat rumah"...jawap seorang lagi "anak-anak nak bawak kita jalan, dia nak kita pilih sendiri, ikut jelah.."...

Haha...orang tua merungut, tapi anak-anak tak peduli..yang penting ibubapa boleh pilih sendiri..ada si bapa dari Kelantan..memilih baju macam orang nak pergi pejabat..dibeli jugak dek si anak..."ok" katanya..walaupun dalam hati berkata "apa le bapak aku ni"...

Jika ayahku ada di Kuala Lumpur ini sekalipun..akan ku usung dia sekali...makpun sama..nak mereka pilih sendiri sebab selalunya ku beli mengikut citarasaku yang kurasakan sesuaiii....namun ayah selalu kata "buat apa beli mahal-mahal"...

Harga pada setiap pakaian dibeli memang mahal tetapi lebih mahal lagi kasih dan sayang...tidak ternilai...amat bernilai...sungguh bernilai....

Friday 12 August 2011

RAMADHAN...

Baru berkesempatan update blog....

Minggu terawal ramadhan hingga hari ini ku sibuk dengan kes Ling Liong Sik yang dikaitkan dengan projek PKFZ....berbillion kerajaan rugi....

Kepalaku pun dah sendat dengan pelbagai angka, tarikh, surat menyurat dan macam-macam fakta...sehari suntuk berada di dalam mahkamah dengan pelbagai kenyataan, adalah sesuatu yang bukan mudah utk merangka berita bagi menyatukan fakta menjadikan berita yang difahami pembaca....

Tinggalkan Ling Liong Sik....

Berbicara tentang Ramadhan....

Tahun ini ku menyambutnya bersama keluarga tersayang...semuanya ada di sisi...suami, anak-anak, mak, ayah, ibu, apak, adik-adik semua, sahabat-sahabat dan jiran tetangga yang masih kekal seperti sebelum ini.....

Cuma ada beberapa rakan rapat yang tidak sempat menyambutnya dan tahun ini tiada lagi kunjunganku ke rumah terbuka mereka kerana mereka lebih awal di sambut ke alam lain.....kerinduan itu ku leburkan dengan Al Fatihah....

Pada ramadhan ini...anak-anak amat membanggakan umi dan ayah...sehingga hari ini masih belum meninggalkan puasa, sudah berkeinginan bersembahyang dan bersemangat bersahur terutama syahmina....

Syahmi juga rajin berzikir, indah sungguh ramadhan...andai ini ramadhan terakhirku...ia sudah cukup membahagiakan kerana Allah memberi segala kesenangan kepadaku...

Tanpa pembantu rumah, ku masih berupaya menyiapkan makanan  (klu tak sempat boli ajer) dan menguruskan rumahtangga...malah ku masih beruntung kerana Allah memberi kelancaran fikiran dan kecerdasan untukku bekerja dengan lebih baik....Alhamdullillah...

Sungguh hebat aura ramadhan...namun masih ada beberapa perkara yang ku ingin sempurnakan sempena ramadhan ini...moga minggu-minggu hadapan, tugasanku tidak terlalu menghimpit kerana ku masih belum sempat berterawih....

Ingin membawa anak-anak bersama dan mendekati jiran tetanggga...sabtu dan ahad lalu kami tidak berkesempatan, mungkin begitu juga dengan minggu ini...moga yang sunat ini dapat ku capai bagi merasai indahnya ramadhan sepertimana ku selalu katakan pada anak-anak....

"Tiada hari lain macam hari ini (dibulan ramadhan), hanya ini sahaja....tiada lain..."

Selamat berpuasa semua...moga kita mendapat keberkatan darinya....