Andai nyawa telah tiada...

Andai nyawa telah tiada....Catatan ini menjadi ganti....

Sunday 15 May 2011

ANAK ANAK DI NURSERY...

Ku tidak banyak pengalaman meninggalkan anak di nursery..

Kali pertama ku tinggal anak di situ pada 2004..ketika Syahmi berusia 5 bulan..Syahmi hanya sempat berada di situ selama 2 bulan kerana kurasa amat tidak sesuai....dia sering sakit dan dimasukkan ke wad sehingga 6 hari akibat jangkitan kuman...

Episod bersama bibik Indon bermula dalam hidup kami sekeluarga selepas itu...diimulai dengan bibik Sarum, diikuti Sumartik dan kemudiannya Nanik...

Kesemuanya menjaga anakku dengan baik terutama bibik sarum dan Nanik namun ku tidak menyambung khidmat mereka dengan pelbagai sebab........

Rasanya ku tidak perlu buka aib mereka namun cukup jika kukatakan bahawa orang Indon tetap Indon..mereka kurang bersyukur dan pandai berlakon...

Dek kerana tidak mahu lagi menempuh rasa dan terasa dengan orang Indon ini ku cuba menghantar tiga anakku ke nursery pada akhir 2009 namun adik iparku yang baik hati tidak mahu anak buahnya berada disitu dan bertindak berhenti kerja demi menjaga tiga permata hati kami...

Bermula pula episod anak-anak gan 'mak su'....sampai sekarang aura 'mak su' masih membara dihati anak2 terutama Syahmina...setahun 'mak su' bersama mereka...penghujung 2010 'mak su' kena fokus pada study jd tugasnya diganti dengan adik sepupuku 'cik su'.

'Cik Su' walaupun tomboy tp sangat penyayang dan pandai menjaga anak-anak. Episod baru bersama 'cik su' bermula dan syahmi yang agak sopan menendang bola akhirnya mampu mengegarkan pagar rumah kami...besar juga aura 'cik su' pada anak-anak...syamil (3 tahun) juga amat rapat dengannya...

'Mak su' da kahwin, perlu jaga pak su......anak2 dijaga sehingga enam bulan oleh 'cik su'...Sabtu lalu, 'cik su' pulang ke kampung kerana ada halnya sendiri....jadi,  ku dan suami perlu memikirkan bagaimana keadaan harian ana-anak...

Jujurnya..ku rasa sudah sampai masanya anak-anak kami berdikari, tidak terlalu manja kerana kesemua yang menjaga mereka amat penyayang...bagus sebenarnya, namun ada kekurangan dari sudut berdikari...Jadi kami memutuskan kesemua mereka akan ke nursery bermula hari ini...cuba lihat kekurangan orang lain dan menyedari betapa bertuahnya mereka...

Syahmi perlu tahu bagaimana mandi dengan pantas tanpa menyanyi2 di bilik air, pakai dan kancing baju sendiri....Syahmina perlu lebih cekal dan tidak boleh banyak merengek kerana itu dan ini sepanjang masa....Syamil pula harus lebih berdikari dari abang dan kakak kerana dia akan keseorangan pada waktu pagi sebelum ketibaan abang dan kakak dari sekolah....

Umi bekalkan anak-anak dengan makanan dari pagi hingga petang...tidak perlu makanan dari nursery, kurasa ia lebih menyihatkan dan tidurlah dibantal yang telah umi sediakan..moga tidur anak umi lebih lena...

Doaku...anak-anak akan sihat dan gembira di situ kerana agak sukar untuk mencari orang yang baik menjaga mereka...setakat ini di situlah tempat paling sesuai...moga ia memberi kebaikan buat anak-anak umi.......

No comments:

Post a Comment