Andai nyawa telah tiada...

Andai nyawa telah tiada....Catatan ini menjadi ganti....

Sunday 22 May 2011

Di sebalik tanah runtuh di Hulu Langat...

SEBAK...Awie yang sebak ditenangkan bapa saudaranya di Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur, semalam.
Mohd Awie Abdul Latif, 11

KUALA LUMPUR: “Saya tarik tangan adik ketika kami lari menyelamatkan diri, tapi kaki adik tersangkut pada besi khemah dan dia jatuh. Saya tarik lagi tangannya tapi runtuhan batu mula menuju ke arah kami dan menimpa kepala adik.

“Saya mahu mengorek tanah mencari adik, namun orang ramai menghalang. Saya terus menangis kerana hanya mampu melihat adik tertimbus di depan mata.”

Demikian luahan Mohd Awie Abdul Latif, 11, menceritakan detik kematian adiknya, Mohd Riezman, 9, dalam tragedi tanah runtuh yang meragut 16 nyawa dan mencederakan sembilan penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat dekat sini, kelmarin.

Mohd Awie yang ditemui di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam berkata, sebelum kejadian pada jam 2.30 petang itu dia, Mohd Riezman dan kebanyakan penghuni lain berada di dalam khemah untuk melakukan persiapan bagi majlis serahan bantuan oleh seorang pegawai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).


“Ketika itu, Riezman berada dekat dengan saya. Kemudian, ada orang menjerit supaya menyelamatkan diri kerana ada tanah runtuh lalu kami semua segera lari. Saya sungguh terkilan kerana tak sempat menyelamatkan adik,” katanya.


 Berita kejadian tanah runtuh di Hulu Langat...

Jika ditanya apa perasaan saya....jawapannya tiada lain...sebak, sedih dan sedikit gembira...

Sebak dan sedih kerana mengenangkan kesakitan yang dialami sebelum mangsa menemui ajal...perasaan yang sama juga hadir apabila mengenangkan kesedihan adik beradik, keluarga dan mereka yang sempat melihat bagaimana mangsa gagal diselamatkan sepertimana kejadian yang menimpa adik Awie ini...

Sukar digambarkan perasaannya dan bagiku yang hanya melihat menerusi tv dan akhbar,...ia sudah cukup memilukan....

Perasaan sedikit gembira itu hadir kerana sekurang-kurangnya anak-anak yang belum baligh itu telah dijanjikan syurga, kebaikan mereka diambil kira dan tiada dosa pada mereka...telah ditakdirkan begitu cara nyawa mereka diambil dan yang hidup harus mengingati bahawa nyawa manusia hilang dengan pelbagai cara...

Ntah apa amalan yang akan kita bawa...rasa sedih ini ku serapkan pada jiwa tiga anakku...betapa banyaknya pahala 16 mangsa ini pada orang ramai kerana pemergian mereka memberi keinsafan pada yang lain...

Pada anak-anak ku nyatakan bahawa betapa hebatnya hidup anak-anak yatim ini...mereka ketiadaan ayah dan ibu, terpaksa dijaga oleh orang lain dan diberi makan dengan bantuan penderma...mereka bersungguh-sungguh belajar kerana tahu tiada apa yang boleh membantu mereka kecuali pelajaran..

Ku takpasti Syahmi, Syahmina dan Syamil faham atau tidak apa yang kusampaikan tapi ku yakin mereka sedih dengan apa yang menimpa budak-budak tu apabila tengok gambar mangsa...

Doaku kesemua mangsa ditempatkan bersama orang beriman dan kita yang masih hidup menginsafi apa yang terjadi....

Al Fatihah.....   

No comments:

Post a Comment