Andai nyawa telah tiada...

Andai nyawa telah tiada....Catatan ini menjadi ganti....

Monday 9 May 2011

SYIRFAN INDRA MITRA SURYA......

SYIRFAN INDRA MITRA SURYA

10 Mei 1976.....

Dilahirkan oleh Puan Normah Abu Bakar pada hari itu dan hari ini menyambut hari jadi ke-35..

Beliau menjadi kebanggaan Ustaz Hussin Jailani dan disayangi jiran tetangga di Felda Lui Timur, Bahau Negeri Sembilan kerana kemesraan dan kepetahannya bercakap sejak kecil....

Zuriat sulung dari tiga adik beradik ini menjadi suamiku sejak 2003 dan kami mula bersahabat sejak 1998..

Namanya yang panjang berjela itu dikatakan mempunyai makna tersendiri...jujurnya sehingga kini ku sendiri masih gagal memahami disebalik nama itu....hehe..namun yang pasti nama SYIRFAN INDRA MITRA SURYA ini menjadi penyambung kepada nama anak kami...

Menceritakan rentetan hidup lelaki bernama Syirfan ini memerlukan masa yang panjang sepertimana namanya itu....namun menurut kedua mentuaku....Syirfan seorang yang istimewa. Beliau sudah mula bersajak ketika berusia 5 tahun, hebat berpantun dan berpidato...petah kata mereka...
 
Ketika di sekolah beliau masih lagi aktif dengan sajak dan pantunnya sehinggalah ke universiti...dan disaat pertama kali ku lihat beliau berpantun di kolej keenam UPM sewaktu menjadi pengerusi satu majlis...ketika itu ku berbisik pada rakan disebelah..."mat bunga le mamat tu"....haha

Kini...beliau jadi mat jiwang....cipta lagu..bagus sebenarnya..dan salah satu yang bakal diterbitkan dalam satu album bertajuk "Jika Ayah Tiada"...Putera sulung kami menangis bila dengar lagu ini dan Puteri kami enggan mendengarnya....Si kecil pula melompat-lompat bila dengar muziknya....

SALJI DI BEIJING


Syirfan mempunyai sedikit keistimewaan dalam hidupnya...mampu merentasi dunia hanya menerusi bakat dan kerjanya...lagi istimewa, beliau mempunyai isteri sepertiku..haha (nak gak angkat bakul sendiri)..

Jika Indonesia..mungkin sudah habis diterjahnya, Mesir..jangan cakap le..berkali-kali, begitu gak dengan Rusia, Beijing, Thailand, Vietnam dan Kemboja...dan yang paling kekal di hatinya ialah Mekah...

HAJI SYIRFAN INDRA MITRA SURYA

Syirfan menjadi contoh kepada anak-anak kami dan beliau masih dihormati di kalangan sahabat di universiti kerana beliau antara Presiden Kolej dan pemimpin universiti yang berkaliber...

Semoga rentetan hidup sepanjang 35 tahun menjadi landasan untuk memperingati kekurangan dan meneruskan kebaikan...dan semoga ia menjadi pengerat pada setiap hubungan antara keluarga, anak-anak, sahabat dan rakan sekerja...


SELAMAT HARI LAHIR JIWAKU....

SELAMAT HARI LAHIR AYAH...


WE LOVE U.....

2 comments: