Andai nyawa telah tiada...

Andai nyawa telah tiada....Catatan ini menjadi ganti....

Monday 9 May 2011

BERHARGANYA SEORANG IBU........

sambutan tahun lepas

HARI IBU...

Ada di antara sahabat yang menyatakan tidak perlu menyambut Hari Ibu kerana ia salah dari sudut agama..ku bukan pakar dalam mengulas berkaitan perkara ini tetapi jika diambil dari sudut positif dan falsafah moral ku rasa ia mampu memberi kesan yang baik dalam membangunkan insan...

Ku dibesarkan di kampung dalam keluarga sederhana dan ketika bersekolah zaman 80an dan 90an tidak didedahkan tentang Hari Ibu...mungkin bagi kami di kampung hari-hari adalah hari ibu...

Kurasa sahabat yang tinggal di bandar dan terdedah dengan budaya moden...Hari Ibu bukan perkara baru..

Jujurnya..kini ku amat sensitif dengan sambutan Hari Ibu, ia bukan untukku tetapi untuk ibuku dan mertuaku...

Makpun ternyata gembira setiap kali ku ucapkan selamat Hari Ibu..biasanya hanya ciuman dan pelukan sebagai tanda ku akan pulang ke KL untuk tinggalkan mak di kampung tetapi bila Hari Ibu tiba, perasaan terhadap ciuman dan pelukan berbeza..ia menekan2 bagaikan semua kebaikan mak terkumpul dan ku gagal membalasnya....

Ucapan selamat Hari Ibu dari anak-anak amat memberi makna..sungguh! Bila Syahmi lahir..suamiku sudah mula mengajarnya tentang hari ini..dan sehingga semalam Syahmi mengajak adik-adiknya mengucap perkataan itu kepadaku..

Sambil memelukku di dapur yang sedang memasak, anak-anak menyergahku sambil membawa sekuntum bunga setiap seorang...memeluk dan menciumku..

Lebih meriah bunganya ialah dari sang suami yang tidak pernah lupa setiap hari berharga di antara kami..

Pemberian jambangan bunga dan ciuman dipipi diperhati anak2 dengan hilaian ketawa dan kemudiannya mereka turut memelukku...arrrrrr....bahagianya, ku sanggup bangun lebih awal untuk menyiapkan makanan untuk mereka dan mengosok baju walau terpaksa tidur 3 pagi...itu hanya sedikit pengorbanan dari umi kerana wan (ibuku) lebih banyak berkorban.

Begitu juga dengan mentuaku yang membesarkan suamiku dengan baik hingga melahirkan seorang suami yang bertanggungjawab dan penyayang...
dari suami dan anak-anak



Bagi sahabat yang tidak mempunyai anak..jangan bersedih kerana sahabat mungkin tidak mempunyai anak sendiri tetapi bakal menjadi ibu kepada anak orang lain...

Ada manusia yang dicipta Allah bukan untuk menjaga anaknya sendiri tetapi anak yang dilahirkan orang lain..pahalanya tetap sama...InsyaAllah..berkat kebaikan kita suatu hari nanti akan lahir jua zuriat sendiri..

Andai ditakdirkan tidak mempu melahirkannya...bukalah mata dan hulurlah tangan untuk mengambil anak angkat....bagi merasai indahnya menjadi ibu...

No comments:

Post a Comment