Andai nyawa telah tiada...

Andai nyawa telah tiada....Catatan ini menjadi ganti....

Tuesday 31 May 2011

PENGALAMAN BERSAMA TERTUDUH...

Ada sedikit cerita mengenai tertuduh...perkongsian cerita tentang mereka bukan untuk memburukkan mereka namun sedikit cerita tentang mereka, jenayah dan hukuman yang diterima...untuk memberi pengajaran...

Ku pernah terlibat dengan kes seorang guru muzik yang didakwa merogol anak tirinya yang berusia 11 tahun..beliau meringkuk di dalam penjara hampir lima tahun sebelum hakim memberi keputusan...

Ketika saksi utama (gadis 11 tahun itu) memberi keterangan, diberitahunya bapa tirinya itu merogolnya beberapa kali ketika ibunya bekerja di waktu malam...

Ku lihat fizikal gadis itu cukup sempurna, ketika hadir di mahkamah, beliau berbaju kurung dan bertudung...amat kecil susut tubuhnya dan bersesuaian dengan usianya 11 tahun..

Guru itu dipanggil membela diri oleh Hakim setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie...

Amat mengejutkan apabila guru muda ini membuka mulut...katanya gadis 11 tahun itu telah rosak moralnya, dia mengaku tidur dan berasmara dengan gadis itu tetapi bukan merogolnya tetapi dia digoda!

Katanya, anak tirinya itu sering menonton cd lucah ketika ketiadaan ibunya yang bekerja sebagai GRO...gadis itu bukan lagi dara dan sering kali masuk ke biliknya untuk menggodanya...

Pada awalnya ku tak percaya dan ku beranggapan guru itu menipu bagi melepaskan dirinya namun setelah sampai diperingkat hujahan dan hakim membuat keputusan ku cuba berfikir secara logik dan realiti..

Hakim berkata walaupun guru itu telah dewasa dan berfikiran waras namun dalam keadaan anak tirinya yang rosak moral amat sukar untuk dia menolak kemahuan seks gadis itu.

Rupanya tindakan menggoda bapa tiri itu amat kerap berlaku dan menjadi kebiasaan gadis itu masuk ke bilik bapa tirinya dan terus menyelinap ke dalam selimut....ayooo...11 tahun yea....

Hakim berkata realitinya amat sukar untuk menepis godaan, namun lelaki itu boleh juga dipuji kerana telah kerap menolak....akhirnya tergoda juga.....

Mengikut hujahan, gadis itu membuat aduan polis selepas bapa tirinya enggan menidurinya lagi dan bertindak memberitahu ibunya sebelum bapa tirinya bertindak dahulu...

Hasil siasatan juga mendapati gadis itu telah kehilangan dara dalam tempoh yang lama...Hakim memutuskan guru itu dibebaskan dan ketika hakim membacakan keputusan guru itu menangis..memang dia sebak, dah le tak de seorangpun ahli keluarga dia hadir...memang kesian...

Ku sempat bertanya, adakah dia akan terus menjadi guru....jawapnya..mungkin tidak kerana dia amat malu dan dia mengakui tersilap dalam mencatur hidupnya dan Allah telah memberi hukuman...

Ternyata dia telah insaf..melibatkan diri dengan GRO dan tidak mampu membawa isterinya keluar dari dunia itu sebaliknya dia terjerumus sama...lekuk di dahinya memberi tanda sesuatu...ya..dia sedang bertaubat...

Dalam rayuannya juga sempat dinyatakan bahawa telah insaf dan berkelakuan baik di dalam penjara..moga dia terus berkeadaan begitu..

1 comment:

  1. YouTube: How to earn real money? | Videoodl.cc
    Learn how to earn download youtube videos to mp3 money with videos, how to earn money by earning real money through videos, free YouTube videos, or how to make money online.

    ReplyDelete