Andai nyawa telah tiada...

Andai nyawa telah tiada....Catatan ini menjadi ganti....

Thursday 5 May 2011

MOOD HARI IBU...

Wanita yang mempunyai anak akan dipanggil ibu...mak...umi... dan ada juga dipanggil mek (panggilan ibu untuk orang Kelantan) ...

Semua yang mempunyai ibu tidak akan terkecuali memanggil panggilan ini ....tidak kira bagaimana rupa dan peribadi seorang ibu..

Ku agak beruntung kerana mempunyai ibu yang baik, tegas dan bersifat tradisional...dialah yang kupanggil mok (mak sebenarnya ttp bunyinya sebegitu kerana ku org Terengganu)..

Keperibadian mak tidak jauh berbeza denganku kerana sejak kecil ku dididik sepertimana arwah nenek mendidik mak..jadi wajarlah dimana kuah jika tidak tumpah ke nasi...

Sempena Hari Ibu ini ku ingin berkongsi rentetan hidup mak yang kuanggap memberi inspirasi dan jika ia dilihat negatif pada pandangan sahabat, buang saja infonya...

Ibuku dilahirkan dlm lingkungan keluarga miskin zaman 50an dahulu, mempunyai 9 adik beradik (10 sebenarnya tetapi seorang daripadanya meninggal dunia), arwah datuk dan  nenek menoreh getah, berniaga dan menjual kuih muih bagi menampung keluarga..mak hanya belajar mengaji dan tamat sekolah hingga darjah 2 sahaja, cukup utk membolehkannya membaca...

Menurut mak, tugasannya dahulu lebih tertumpu membesarkan adik2 kerana beliau anak kedua dan perempuan sulung ..Adik2 yang ramai itu bagaikan anak2 padanya..

Tambah mak lagi, bagi memudahkan adik2 mandi dan nenek berniaga dia akan berulang2 kali mengambil air diperigi utk diisi dalam tempayan..beri adiknya makan dan menghantar adik mengaji..ketika ketiadaan adik2 beliau cuba belajar menjahit dengan org kampung...

Alhamdulliah adik-adik mak berjaya, ada yang masuk universiti dan berjaya dalam hidup masing-masing. Kejayaan adik-adik mak  bukan kerana mak tetapi usaha adik-adiknya sendiri. Mak cuma berperanan menjaga mereka ketika kecil dan teman bersembang apabila dewasa....namun mak tetap berbangga walau hanya dia yang tidak tamat sekolah...
 
Walaupun begitu mak pandai menjahit dan ekoran kepakarannya itu sumber kewangan keluarga kami bertambah. Mak juga rajin membuat macam2 benda untuk dijual. Waktu ku kecil dulu mak buat tikar mengkuang, gula-gula, aiskrim dan  jeruk mempelam.

Ketika mak aktif mengayam tikar mengkuang ini ku sering menemaninya mengambil daun mengkuang di tepi paya. Duri pokok jangan cakap le tapi ia perlu ditempuh jua. Mak ada gak jual kekabu. Mesti rakan2 di bandar tidak pernah lihat bagaimana pokok kekabu ni. Kalau di kampung orang kata pokok kekabu berhantu tapi bagi kami ia sumber rezeki. Aku sendiri akan mengopek buahnya untuk di ambil kekabu dan membuang bijinya sebelum dijual.

Apabila mak berkahwin dengan ayah, mak masih lagi mengangkut air dari perigi dan mengisinya di dalam tempayan dan tong di bilik air. Tetapi kali ini ia untuk kami adik beradik mandi. Mak tidak seperti wanita kampung lain yang ada segelintirnya berkemban sambil mandi diperigi. Kena jaga aurat kata mak. Mungkin kerana didikan arwah atuk yang memang mementingkan agama dan budaya..ku sendiri tidak dibenarkan berpakaian tidak sopan.

Ku tidak malu untuk memberitahu bahawa ku memakai seluar jeans ketika berusia 20 tahun..itupun sebab ayah belikan untuk dipakai ketika naik bas bila balik kg dari universiti. Tebal sikit bila duduk disebelah lelaki katanya..

Mak adalah org yang bertanggungjawap menjadikanku seorg yg tabah, bekerja keras dan berdikari. Mak kata perempuan harus kuat, cergas, rajin dan matang. Memang betul apa yang mak cakap, dunia hari ini memerlukan wanita lebih daripada itu..

Mak amat kuat semangatnya, mempunyai anak yg cacat pendengaran seperti adikku tidak mudah. Siang malam menangis, tidak tahu apa sakitnya.Tapi yg plg sedih mak kata.. waktuku kecil2 dulu asyik bertanya bila adik nak panggilku kakak. Mak kata dia tak de jawapan, selalu menangis bila ku tanya macam tu.

Bila adik dewasa mak menangis juga, tp bukan kerana pertanyaan budak yang belum sampai akalnya. Kali ini dari macam2 org, bertanya kenapa adik macam tu, kenapa adik tak sekolah, kenapa adik mengamuk, kenapa bla bla bla bla... kesian mak..

Kalau bab adik tak sekolah, sukar nak salahkan mak sebab adikku membesar pada tahun 80an, pusat oku belum banyak lg. Yang ada hanya di kuala terengganu dan mak tinggal di kemasik, kemaman. Ayah hanya pemandu lori JKR. Kos perubatan adik dari kecil hingga besar amat banyak. Jika dihitung pendapatan ayah pada waktu itu, kami mmg tak mampu. Kami anak beranak akan naik bas setiap bulan ke Hospital Kuantan dan menumpang rumah saudara yang perlu menyeberang sungai menerusi perahu.kerana ketika itu tiada jambatan lagi.

Mak dan ayah pernah menghantar adik di sekolah cacat pendegaran di Kuala Terengganu waktu dia berusia 7 tahun tetapi pihak sekolah meminta mak ambilnya semula kerana adik terlalu lemah. Dia cepat sakit dan kadang2 kelihatan seperti lumpuh. Jadi adik tidak bersekolah sehingga usianya 15 tahun. Selepas adik betul2 sihat mak hantar adik di sekolah oku tetapi ia juga tidak kekal lama sebab mcm2 masalah..

Sekarang adik berusia 28 tahun, mak masih ditanya soal sekolah, org yg bertanya itu jika mampu membantu ok le jugak tp lebih kepada mengutuk dan mengkritik tanpa tahu masalah mak dulu..kesian mak..Sekarang mak tinggal di kg bersama adik dan ayah. Bila mengenangkan nasib adik, mak selalu cakap dia harap adik akan mati dulu sebelum mak...

Itulah mak...tidak sanggup meninggalkan anak kerana dia tidak tahu apa akan jja pada adik walau ku dan abangku memberi janji bahawa kami akan jaga adik..

Mak adalah sahabat, guru, bendahari dan timbalan perdana menteri bagiku... dia segalanya, tukang masak terbaik dan pakar psikologi.. kadang2 jadi doktor bila kami adik beradik sakit..

Kini mak berusia 64 tahun..tidak lagi menjahit kecuali baju cucu, mak berniaga kecil-kecilan kat rumah di kg untuk mengajar adik bagaimana mengemas barang dan menukar wang, semuanya untuk adik.

Ayah, abang dan aku sudah lali dengan sikap mak yang segala-galanya untuk adik dan ku fikir itulah sepatutnya...sebab itulah Mak..

Doaku..mak akan terus sihat, diberi kesejahteraan dan kenikmatan hidup. Ku juga berdoa supaya ku terus menjadi anak yang baik dan mampu memandi dan membasuh najisnya apabila ibuku uzur kelak kerana kutahu mak lakukan perkara yang sama padaku dahulu...

Kepada anak-anakku...Putera Syahmi Zafran, Puteri Syahmina Zafirah dan Putera Syamil Zafran..umi akan menjadi contoh anak yang baik pada ibunya sepertimana wan (ibuku) menjadi contoh yang baik kerana menjaga arwah 'nyang' (arwah nenekku)..

SELAMAT HARI IBU .....

No comments:

Post a Comment