Andai nyawa telah tiada...

Andai nyawa telah tiada....Catatan ini menjadi ganti....

Wednesday 4 May 2011

TEMAN SEKOLAHKU...

1 Mei lalu ku berpeluang bertemu dengan rakan2 lama...

18 tahun berpisah...ingatan terhadap mereka hampir lupus jika tidak kerana saranan seorang rakan supaya diadakan reunion untuk bekas pelajar sekolah kami...

Ku cuba ikhtiarkan untuk hadir dan menemui mereka walau ku tahu mungkin ada diantaranya sudah lupa siapa Zalina Maizan..namun ada sesuatu yang menarikku untuk mengagahkan diri ke sana...sanggup memandu sendiri bertemankan anak-anak dari Serdang ke Kemanan, Terangganu. kerana pada awalnya suamiku tidak dapat pulang ke kampung dan bersamaku atas desakan kerja.

Tetapi beliau akhirnya memutuskan pulang bersamaku  dan anak-anak selepas programnya dibatalkan...syukur..

Bertemankan suami..ku ke T Cafe di Kemaman dan meninggalkan anak-anak bermesra dengan wannya di rumah...



Berdebar juga sebenarnya kerana bimbang diriku tidak dikenali...sbb memang dari sekolahpun ku kurang menyerlah, hanya pelajar biasa-biasa saja...

Orang pertama yang menangis selepas bertembung denganku adalah Ismaniza...Ustazah Ismaniza..sangat bersesuaian dengannya dan ku juga sepatutnya jadi ustazah kerana kami semua bersekolah agama dan arab.. tapi rasanya Ustazah Zalina Maizan....sangat tak kena...mungkin sebab itulah Allah tidak jadikanku seorang ustazah...
Ismaniza & me


Ku mempunyai kenangan yang agak panjang dengan Ismaniza ini..kenangan dimana berebut membaca diwaktu malam bagi membuktikan kita sedang tekun belajar...bagus sebenarnya...pertemuan dengannya memberi kenangan antara kesungguhan, keikhlasan dan sifat kebodohan kami dalam persahabatan...

Kini Ismaniza mempunyai lima anak yang sungguh comel dan menabur bakti mengajar kanak-kanak dan org tua mengaji, mulia sungguh...

Diakhir pertemuan, kami menangis bersama apabila teringat beberapa kenangan dan teringat rakan-rakan lain..entah bila lagi kami akan bertemu..

Kesemua yang hadir hampir 20 orang dan  ada di antaranya bekas johan musabaqah....kebanyakkan daripadanya sudah berubah bentuk tubuh badan dan rupannyer...

kami yang kurusssss....dolu-dolu..
Nostalgia

Pada pertemuan itu, Zamani iaitu rakan lelaki yang paling rapat sempat memujiku di depan suami bahawa aku adalah seorang yang pemalu sejak sekolah, tidak berkawan dengan ramai lelaki dan duduk di belakangnya di dalam kelas. Jadi lelaki yang kerap bercakap denganku adalah dia...hehe...

Tapi pada 1 Mei itu, lidahku kelu dan kurang berbual dengannya..tak tahu kenapa, mungkin hilang fokus atau sukar berbicara sebab terlalu lama tak jumpa, 18 tahun beb...

Zamani (t-shirt oren) lebih gemukss berbanding dulu..

Apapun..inilah antara momentum terhebat dalam hidupku..walau kelu lidah untuk berbicara tetapi pertemuan ini mengusik kenangan lalu, menceriakan hidup dan menjalin semula persahabatan...

Hebat reunion sebenarnya...

Pertemuan dengan sahabat sekelian memberi sejuta kemanisan dalam hidup...terima kasih kepada yang hadir dan mereka yang menjadi penganjur.

Semoga kita berjumpa lagi jika tiada desakan kerja dan urusan peribadi...

KAMI LAHIR 1976 DAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH AGAMA ALFALAH KEMAMAN

No comments:

Post a Comment