Andai nyawa telah tiada...

Andai nyawa telah tiada....Catatan ini menjadi ganti....

Friday 20 May 2011

KU DAN BERNAMA...

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA



BERNAMA?
"Apa tu?"
"Surat khabar ke tv?"

Dulu...kalu dengar orang tanya macam ni memang tension...tp sekarang da tak kisah sebab ku faham memang ramai yang tak tahu peranan Bernama...

Jika dulu sewaktu ku mula berkhidmat sebagai wartawan, wakil Bernama sering dinantikan dalam sidang media...malah menteri juga akan merasa lega jika Bernama hadir dalam sesuatu majlis.... Salah satu sebabnya kerana Bernama adalah satu-satunya agensi berita yang mampu menyalurkan kepada semua media di Malaysia, Singapura dan Brunei...

Media arus perdana akan mengambil berita daripada kami untuk dimuatkan di dalam akhbar mereka walaupun tiada wakilnya ditempat terbabit... jika ada wakilpun berita daripada wartawan Bernama akan menjadi bahan rujukan editor mereka....

Kini...Bernama harus bersaing dengan pelbagai media alaf baru dan kepantasan internet yang membuka ruang kepada blogger menghantar berita yang lebih pantas dan terkini...

Namun bagiku...walaupun blogger mampu menghantar berita yang pantas, belum tentu apa yang ditulis adalah betul dan kami yang berkhidmat di sini telah lama didik supaya lebih berhati-hati dan perlu fokus supaya tidak timbul spekulasi...tujuannya adalah untuk menjaga kepentingan masyarakat dan harus beretika...walau ada yang memperdebatkan tiada kebebasan dalam penulisan namun bagiku..ia ada sebabnya...biarlah....jika ia membawa kesan positif...

Pengalamanku dengan Bernama baru sahaja mencecah 10 tahun pada bulan Okt ini dan ku berpeluang mengenali ramai sahabat di sini seperti Suriati, Kurnia, Kak Pah, Liza, Muna Zul, Alan, ibu laila dan lain-lain sepanjang tempoh itu..

Ada juga yang telah berpindah ke tempat kerja yang lain kerana mendapat ganjaran yang lebih namun aku masih di sini...mungkin juga sebab tidak layak untuk diterima di tempat lain...hehe..

Apa-apaun ku bersukur berada di sini...persekitaran dan budaya kerja yang baik serta jalinan hubungan keakraban dengan rakan-rakan membuatkan ku takut berdepan dengan situasi dunia baru...sepanjang tempoh ini ku diberi peluang bercuti untuk bersama keluarga, menjaga anak sedang sakit di hospital dan menghadiri kenduri kendara tanpa banyak soal...menurut kata-kata salah seorang bosku "cuti hak u"....

Mana nak dapat kat tempat lain kan... namun sebagai pekerja ku juga harus bertolak ansur dengan sahabat yang lain, oleh kerana ku berkhidmat di bahagian mahkamah dan bekerja berpasukan ku perlu tahu waktu bila untukku bercuti, jangan menyusahkan rakan lain hingga terpaksa membuat kes kita...namun jika ia mencapai persetujuan bersama, boleh saje bercuti....satakat ini..ku, surati, santhiran, suraiya dan fariza memahami antara satu sama lain dan kami akan merangka cuti bersama.....syukur dikurniakan rakan sebegini...kat tempat kerja lain belum tentu..itu yang membuatkan ku lebih taku ke tempat lain...

Transfer?....huuuuuu....ini yang paling ku takut..kalau belum kawin tak kisah jika dihantar ke sabah atau serawak sekalipun tapi bila da ada anak tiga ni...maaplahhhh....namun sehingga kini bos selalunya bertanya dulu kami jika akan dihantar ke mana-mana..jadi kami berpeluang untuk berfikir...


terima kasih Bernama...
Selamat Hari Lahir ke-43....Moga kita terus kukuh di dunia media tempatan dan antarabangsa..
 

No comments:

Post a Comment